Thursday, 24 November 2016

Clean Fiverz Woo

Politik dan diriku sendiri sememangnya tak asing lagi
Sejak kecil aku dedahkan dengan politik isu semasa di Malaysia
Rasuah makanan utama beberapa ahli politik kotor bersungguh sungguh abah dan ibuku membicarakan kepada kami sekeluarga
Aku terima dan mendengar sebagai info pengetahuan am yang bukan senang dicari
Sejak REFORMASI lagi..aku sudah aktif membelek akhbar tentang politik di negara sendiri..
bukan apa, tanda kecintaan dan tanggungjawab aku pada negara
Tidak membuta tuli menyokong pemimpin yang salah
Jika tersalah pilih hancur binasa la negara
Apa yang langsung kita dapat hari ini, dek tangan2 kita yang mengundi
Dari manifesto PKR, PAS dan kini Parti Amanah aku fahami..


Minggu lepas ,semua bersatu menyatakan hasrat suara rakyat Malaysia atas kebinasan ekonomi kini..
Masih ada yang takut untuk ke depan
Dalam famili, abang2 semua menghalang namun ibu dan abah kuat beri semangat untuk turun..wakil katanya..
Setiap detik aku mengambil foto tanda laporan dari Bernama live..
Semangat itu kubawa..biar kali pertama aku turun berbaju kuning,berarak, melaungkan manifesto bersama..
Yang ku lihat berbilang bangsa..
Bersih..Betul, semua inginkan pilihan raya yg bersih, pemimpin yang adil, bijak mengatur pemerintahan dan mengawal ekonomi..kurangnya rasuah dan penindasan rakyat.
Suara2 ini dikeluarkan..aku bersyukur seawal semalam aku gentar untuk turun takut dengan gelombang merah..tapi setelah berada di lrt aku melihat gelombang kuning yang besar sehingga tidak kelihatan langsung si merah..mula berani dan melangkah..
Walaupun usaha kita kecil, namun bagi ku ianya impak yang besar..
Dengan demonstrasi yang bersih ini, tiada keganasan timbul..meninggalkan kesan kenangan manis buat diri..
Semoga suara2 kami dpt menyedarkan dan didengar oleh pihak2 yg masih buta dan lelap tidur..


Sekian..
 (sambil tgu usrah @A&W)

No comments:

Post a Comment