Wednesday, 1 February 2017

Gunung Berembun - Telapak Buruk

Lama tak mencoret di sini..fuhh, berhabuk berpasir. Ita nak buat flashback lah ye. Tahun baru 2017, ita mulakan aktiviti dengan mendaki gunung berembun dan menziarah telapak buruk (tempat terhempas pesawat pengebom British).

Banyak kisah berkaitan pesawat ini.Antaranya, hampir seribu lebih pesawat pengebom british sewaktu zaman penjajahan jepun, namun byk jgk yg terhempas..Tapi hanya 5 tempat sahaja ditemui antaranya (yg ita ingat) Telapak buruk, gng tahan, sabah dan sarawak. Pada mulanya, bangkai pesawat ni telah pon dijumpai oleh sekumpulan org asli pada masa dulu.Namun pihak British pada masa tu tak mahu ambil peduli lagi akan bangkai pesawat ni. Dalam lingkungan 1980an, baru depa suruh search balik dan mayat2 penumpang dan juruterbang di bawa ke negara asal serta istiadat penghormatan.
Saki baki pesawat ni masih lg tertinggal kt telapak buruk, ada juga (yg penting dan berharga) berada di muzium tentera n.9.


Ni first time aku naik gunung berembun,n.9. Awal pagi bangun sebab dgr calling dr kak sarah.hahahah..
Ita tidur lewat mlm sblm tu, ada dinner member ni nk pi sambung blajar 3 thun bak hang. Sampai rumah kemas2, rasa 2 jam je tidur. Kak sarah mai kul 5 pg.Kalut la pa lagi, buka pintu terus naik ats siap2 sambil2 tgu sorang lagi kawan tokie dari Putrajaya. Lepas tu, kami pon bertolak amek tokie.

Solat subuh kat stsen minyak shell semenyih, tgu kak salha. Then, terus menuju ke N.9. Sampai depan masjid, lelap mata sat sbb x ckup tidur dan sarapam kat depan masjid tu jugak. Kami tunggu kawan2 kak Siti Hajar. Depa ni semua power la..aku mmg ni first hiking lepas yybtn (4 bln tgl).

Kami bertolak pkul 8 lebih tak silap.Seriusly, akak pancit dik. Pewai terokk!! Kasut power kita blackpink da jd buaya seawal pendakian. Tak sampai lagi first checkpoint. Gunung berembun ni leh tahan pacak dia. Sapa penah pi Gng Angsi, cmtu la tp ni canak dia kena kangkang luas sikit. Nasib tak bawa load. Kasut makin tenat masa ni. Kita buh getah je.


Dlm kul 12 lebh kot, sampai gunung berembun. Masa ni lapar sangat. Aku makan banyak gila mknn kak sarah goreng dengan kasih sayang. Nak masak meggie, tapi depa suh pi telapak buruk dlu balik kang masak ngan makan. So, aku simpan la perut ni utk petang kang. Nak ke tepalak buruk, makan masa 1 jam stgh or 2 jam. (Kasut masa ni 70%  da bole masuk bakul)

Sampai telapak buruk, eksited tak taw nak cite. Padahal mental koyak dik, gambar ye pasal dan eksited nk tgok bangkai pesawat tu gagahkn diri jugak turun. TURUN okay!  You know i hate this.. Turun plg lemah skali..kaki ita mudah sakit klu menurun.

(Trip ni actually for our next event, to support encourage for the our Muslim victims at Syria, Palestin and Rohingya)

Lepas bergambar, kena reverse balik pi Gng berembun, masa ni kaki dah tak kuat.Seakan perjalanan makin panjang, sepanjang perjalanan tu aku senyap je. Layan trek sebab tak mo susahkan orang. Gagahkan diri juga.

Sampai puncak berembun dah kul 3 lebih, so faham2 la. Aku kira2 secara kasar mmg akan sampai malam ni keluar. Kaki dah tak kuat, kasut barai. Habis tak de tapak da. Kali ni 100% leh masuk sampah. Tapi kita sayang so simpan tali kasut ni. Banyak gunung da dia pi jejak, byk tempat da dia berjasa..much appreciate shoes sbb aku tak penah kukubtertanggal sepanjang pakai hang. Cuma trip ni, kaki aku cedera teruk sikit tu pon sebab kasut mmg da tak normal cam biasa. Dah tenat ada hati nak pakai. Ingat ni gunung biasa2. Lain kali study dulu trek dan ketinggian. Ouh ye, masa ni sepatutnya seperti yang dijanji janjikan ada ruang masa utk makan. Kesuntukan masa dan group pertama sampai awal tadi da kemas2 nak berangkat turun. Lapar, kita gorgon sebenarnya.

Masa nak trun balik ke tempat parking, ni detik2 cemas. Sebelum solat, barisan depan da pi dlu. Dah la injured, pastu lambat plak. Sepanjang trip tak pernah lg cmni, duk belakang, injured, pewai.  TRIPLE. Kak Sal ada jemput amek gmbr skali tapi aku tolak sebab tengah kemas2 dan betulkan kasut yg tenat tu. Kalau bole nak turun cepat dan tak nak ada gap jauh sgt dgn group first td. Kalau jauh, aku lg pewai. Kaki da injured so pergerakan akan jd slow sbb tu better turun cecepat. (Maaf, niat di hati mmg suka bergambar kena berkorban).

 Sampai Gua Kambing,berehat muhasabah diri jap. Termenung jauh. Aku sempat berbual dengan kak Sal.Sambil melihat pokok yg ganjil melilit pada pohon lain. Aku terdetik, macam tu la kita manusia. Tak selama ye kita mampu berbuat dgn sendiri, kadang2 perlukan sokongan. Kadang juga kita akan jatuh, bila masa kita jatuh tu jangan lupa bingkas bangun. Jangan terlalu lama menunggu seiring dengan usaha dan tak selamanya kita akan kuat, gagah. Kerna itu lumrah.


Habis menung, sambung balik perjalanan. Aku senyap je, truely mmg da pewai cecah tanah. Kasut depan da mcm buaya asyik2 kaki ni kalau tersadung mmg sakit yg amat la. Pandai buat hal. Mengeram kesakitan sendiri. Tak mau susahkn org. Terima kasih byk kt sweeper sbb byk sabar ngan aku..Tak bole nak lari turun. Mujur ada tongkat kwn tokie (ala tak ingat nama)

Sampai air sungai ada balak kena lintas. Rasa nak nangis awak, tak mampu nak angkat kaki. Ya Allah Tuhan je tahu masa tu perasaan.. mcm trun Tok nenek smpi kul 3 pg kat camp dan kaki dipijak. Cmtu la kaki aku.. sakit sangat betis belakang plus jari kaki kne akar masa nak menurun tu. Allahu.

(Muka masa naik, bole la posing camtu. Turun muka tak mcm orang dah)

Sampai sungai tu, rendam kaki kejap. Rasa okay sikit sebab aku telan ubat tahan sakit. Jangan manja sgt ita. Kekuatan tu hadir bila kawan2 tokie ngan kak sarah support. Dari atas lagi. Aku kagum dgn kak sarah.. stamina akak still power kot. Masa trun tu terkejar juga. Waktu maghrib kami masih di hutan, headlamp dua org je ada. Kak sarah dan aku.aku punya mati segan tapi tak mahu je. Cam tak de function. Harapkan sinaran bulan je.

After 30 minit, kami sampai. Masa ni dengar suara sweeper, Tom. Mmg maghrib ni tak elok duk dlm ni dan kami target before maghrib kua. Tapi dah terlewat kan. Maafkan kita yg pewai ini. Kesilapan besar kt situ, silalah bersedia dengan kelengkapan. Kasut sgt2 la penting. (Walaupun korg recommend Adidas, aku masih tak mampu nk capai tu. So, kita beli adidas gak..tapi kasut getah adidas).

Sejurus sampai tmpt parking, kami pi mandi, solat, makan dan balik. Kereta aku tak gather makan skali sbb driver kami dah lapar dan ngantuk. Kalau bole nak balik cepat lagipun tokie ada program esok hari.

~The End~



No comments:

Post a Comment