Aku join member yang penah pi trip ke korga. Aku dapat tahu mereka join sebab kecoh kt group. Depa sepatutnya naik CUS tapi trip cancel sebb banjir. Air sungai naik.
Kami bertolak seawal pagi lepas subuh kerana kononya SAR start pukul 7.00 pg. Sampai je sana, suasana pilu sejuk semacam dan ramai unit2 khaa seperti PGA, bomba dan JPAM. Team mosars juga sudah berkampung di sini bersama keluarga adik Azarul.
Terdetik aku nak join ni sebab tengah free dan aku rasa yakin sikit selok belok broga sebab setahun ni aku da 2x tok wan, broga tak pasti kali ke berapa. Dan firasat aku pada awalnya memang adik ni hilang di tok wan (satgi aku cerita sikit2 pengalaman naik tok wan ni).
Ketua Mosars memberi penerangan, kami terbahagi kepada 3 team pada awalnya. RQ7, RQ8 dan RQ 9. Aku berada di RQ8. Hanya 2 org gegirl je yg join SAR. Seorang drpdanya sepupu OH. RQ 7 dan RQ 9 diberi kordinate SAR berdekatan dgn Bt. 18 atas puncak tok wan. RQ 8, group aku terdiri dari 18 org agak ramai cordinate kami turun ke kanan (on the way ke tok wan) berdekatan dgn sg. Tapi kami sar both kiri dan kanan.
Ketua MOSARS juga beri peringatan bahawa setiap RQ harua bersama unit2 Khas kerana misi pencarian smlm mereka menemui tapak kaki pak belang. So, unit PGA ni siap dengan senapang naik. Sian tgok depa ni, bawa beg berat, uniform lg dengan kasut bot tu. Teringat masa komander dlu. Sekarang naik dgn kasut getah pon sendu.
Kami mula SAR menaiki broga pkul 9.45 pg sampai ke puncak ke 4 pd pkul 10.30 pg. Ko naik ngan guider2 je semua ni. Pastu member ko yg ajak ni pon mmg dak guider dan tanker. Free body pedahal. Sesak nafas dgn dorg ni, RQ8 aku sorg je gegirl wakil. Nasib aku bukan last la, ada bro tu da cramp kaki. So, paham2 la cmne dorg naik. Berlari tak juga tapi cepat habis nafas. (Masa ni tak taw pon depa perlukan team cooker sebab mak cik jaga kt bawah tu nmpk garang. Aku pom decide naik atas)
Sampai puncak rest dlu amek tenaga. Kami start treking ke tok wan. Dalam 30 minit jalan non stop, sampai member kata hang tak nak stop ka? Last trip pi mana? Aku kata gng berembun new year dan ahad lepas naik broga. Stamina alhamdulillah ada lagi..klau dah aku wat keputusan trun dah. Sebab dijangkakan akn sampai 7 mlm.
Kami berehat di tunggul kayu. Masa ni aku dan lagi 2 org terdengar suara. Mula2 bro ni yg cakap korg dgr tak. Aku pon respon dengar. Tapi suara tu perempuan. Dan hanya aku je gegirl dlm misi ni sebab sepupu OH tadi tak jadi naik (tak nampak kt puncak). Suara perempuan menyebabkan kami terus ignore.
Kami mulakan langkah utk cari coordinate. Actually hampir sejam perjalanan dr puncak broga ke tok wan. Kami sebenarnya da tersasar dr coordinate. Kami rehat lagi dan tgu zohor. Masa ni agk buang masa sbb kani smpi kul 1ptg. Cuma sarjan PGA tu suh kami rest dan tgu azan zohor bru cari. Hujan trun agak lebat menyebabkan trek licin.
Da zohor kami solat dan start berpecah kiri dan kanan. Instict aku kuat azarul ada bhgn kanan. Tapi sebb aku tak mo berpecah dgn member. Aku follow dorg pi belah kiri.
Kami disuruh trun 20-30m ke bawah. Kani lajak lebih rasa 70-80m atau lebih..Agak curam, berduri, no more trek, dan terpaksa rentis. Aku baca hasbunallah wanikmal wakil, dgn ayt almathurat, ayat kursi serta doa sambil memanggil adik azarul.
Masih tak ketemu. Lepas tu kami di arah naik semula ke trek. Turun agak licin, naik kami terpaksa bergelut dengan duri dan pegang kayu ranting yg kukuh sebab curam.
Kami regroup, dan decide untuk ke coordinate kami sebenar. Coordinate kami sbnr ye lari dr trek ke kanan. Satu petak kami kena SAR. Mengikut kontur yg rapat2, keadaan agk curam. Kami dinasihatkn utk menjaga diri. Aku yakin bangat adik azarul ada belah kanan ni.
Kami mula SAR kali ni belah kanan je. Cuma tak lajak sgt sbb Sarjan tu duk pekik2 tak bagi pi jauh curam. Bro acap ni agk tak puas hati lepas SAR hri ni. Kami tak habis geledah satu blok tu kerana keadaan muka bumi. Masa depa duk SAR ni.
Aku ngan bbrapa bro lain (ada injured dan ada yg tak yakin da pi kt curam ni). Pak cik ni (sbb da tua) dia kata member dia penah lebam2 kt kwsn ni (lengang dan bulat tanpa apa2 pokok,ranting, mahupun tumbuhan liar). Ada satu laluan seakan trek. Kami pi redah tapi ada rantibg tebal berduri. Kami sebulat suara mengatakan bukn ni laluan ye.
Okay. Aku akn cite peristiwa pengalaman naik tok wan. First time pi, masa nk otw ke puncak tok wan. Lepas batuan(sini mmg agk seram sejuk) akn ada kwsn belukar sikit tapi gelap. Member kata cam ada binatang follow. Kami regroup. Bulu roma aku naik masa ni, aku rasa cm diperhati. Aku tak rasa binatang tapi wallahualam. (Suasana cm trun korga kul 3 pg tu. - siapa2 pernah dgr cite ita dia akn taw kisah ni)
Masa nak trun ke puncak broga pulak, aku hampir2 salah trek. Kwsn ni lepas batu dan kayu balak. Aku cuba cri kwsn ni balik masa SAR tp laluan tu dah tak ada.
Walaupun on trek, kami still baca2 dan panggil nama adik ni. Aku aim pokok besar dan beranting pnjg. Aku cuba baca2 lg. Kami kt on trek ni berfirasat yg adik ni kena 'bawa'. Rata2 yg SAR ni selalu layan trip hardcore. Aku yg newbies ni lyn la gunung2 renek ni. Dan aku tak pasti ada pengalaman mcm aku ke tak.
Second time aku g, kalau ikutkan laluan tok wan ni tak sukar. Inshaa Allah leh bawa. Tapi disebabkn tak ramai org pi gunung ni dan first time pi tu rasa aura lain mcm. Aku musykil nk bawa guide member.Aku approach uncle 2 org ni. Alhamdulillah,depa mmg nak masuk. Aku igt lg dorg pon setuju yg gng tok wan ni tak ramai yg pi, agk sunyi dan penah org hilang.
Kami keluar dr misi dah lewat petang. Kami buat post mortem sendiri. Mmg kurang berpuas hati misi kali ni.Bro acap dan ketua kami mmg nak pi smpi bawah. Cuma area sg tu dah ada RQ lain yg handle.
Aku masa ni dah hampir pewai sbb lapar dan ngantuk. Dr pagi smpi petang, sebutir nasi pon tak sentuh. Sampai bawh da kul 7 ptg. Kami trun dengan hampa dan berharap adik azarul ditemui.
Sukarelawan yg lain memberu kami mknn yg telah disponsor. Agak mewah plak bila smpi bawah. Alhamdulillah, ramai yg baik hati beri sumbgn.
Terima kasih pada team RQ 8. Banyak saya pelajari ilmu hutan, survive dan bacaan kontur serta map (lama da tgl). Klau ada calipers leh ukur map tu. Selain coordinate, color map juga dpt menentukan ketinggian. Tapi malangnya, map kami dpt semua hijau awaa. Hrmm..
Detik ini, alhamdulilah segala puji bagi Allah. Adik azarul berjaya ditemui. Berdasarkan kisah beliau amat menerujakan. Semangat adik utk keluar dr sana, akak kagum. 4 jam perjalanan tanpa mkn dan minum yg ckup. Bukan suatu yg mudah. Semoga kisah adik ni jadi tauladan untuk kita supaya lebih berhati hati (jgn jalan masuk hutan waktu ngorib) dan amalkan doa pendinding dri dari kejahatan.
P/s: alam bunian ni mmg wujud. Bunian ni asalnya dri jin jugak. Aku ada terbaca, tak banyak bunian/jin yg beragama Islam iaitu 1/10 dr kelompok bunian. 1/10 dari jin adalah bunian dan selebihnya syaitan. Manusia bilangan plg kecil. Jin ni diperbuat dr api, angin. Manakala kita manusia dr 4 sumber tanah, air, angin,api (ni kena cek balik dlm hadis sahih).
No comments:
Post a Comment